Monday, July 25, 2011

This time berbasikal plak..

Salam..Dah lama sangat saya tak bukak blog ni. Bukan apa,sibuk kerja dan sibuk buat benda yg kadang-kadang saya pun tak tau apa dia sampai saya sendiri pun dah lupa saya ada blog ni.Sekarang dah tiba masa untuk saya cuba balik bersihkan sawang dan lumut yang tumbuh kat blog ni. Haha

Pandanganku Ceritaku bermula apabila sekarang mula berjinak-jinak dalam sukan Mountain Bikes,ala basikal yang orang buat main kat hutan tu. Sebenarnya dah lama gak saya mengidam nak main basikal nih tapi tak tau kenapa tak buat-buat mungkin sebab harga dia yang agak mahal kot. So minggu lepas,saya ambil keputusan tuk beli basikal gak MTB (Mountain Bikes)nih.



Haa~ni lah dia buah hati baru ku. Saya beli basikal ni kat Kedai Basikat Pak Su dekat Jalan Gombak. Kedai dia tak lah besar sangat tapi harga yang dia bagi memang best sebab dalam banyak-banyak kedai yg saya pergi semua kasi harga dalam lingkungan RM1000, tapi kedai Pak Su jer yang offer harga tak sampai RM1000 pun. Lagi pun owner kedai ni memang active main basikal MTB nih. Dia ada gak ajak saya join dia main basikal ni naik genting tapi untuk permulaan ni memang tak la kan.haha..mau terkujat jap lagi..



Apa lagi pantang dapat basikal jauhlah langkah kaki ni pergi. Expidisi solo pertama saya bermula pada 23 julai 2011 apabila saya mulakan kayuhan dari Seri Gombak ke Greenwood pastu berhenti jap kat Taman Melati. Dari situ mula kayuh semula ke Terminal Putra gombak pastu ikut MRR2 balik ke Seri Gombak. Huh,untuk orang yang tak biasa macam saya ni memang sangat letih tapi tp dalam pada letih tu memang tak dapat dinafikan perasaan seronok dan puas. Satu yang best nyer berbasikal ni, dia mengajar erti tidak berputus asa dan jangan pernah mengalah sebab kalau kita mengalah siapa yang kita nak harapkan kecuali diri kita sendiri.



Satu lagi yang dapat saya kongsikan adalah perasaan ketika tengah-tengah penat mengayuh tiba-tiba terasa angin lembut menghembus ke kulit, masa tu fikiran menjadi lapang jer macam semua masalah terbang bersama angin-angin yang bertiup tu. Perasaan tu yang membuatkan saya jadi makin seronok untuk kayuh lebih jauh.

Selain tu kalau setakat nak pergi kedai jer pasni, tak payah ler lagi nak naik motor. Minyak pun save pastu badan pun jadi sihat. Kalau yang mana nak mencuba berbasikal tu cubalah, memang tak rugi punya.